Saturday 23 February 2013

pesan seorang ibu kepada anak bujangnya

minggu lepas family aku pergi serawak, yang tinggal kat rumah cuma adik laki aku sorang je... abah aku tak bagi dia ikot suruh jaga rumah.. aku plak time tu kat hostel... bila aku balik rumah ada sesuatu yang tarik perhatian mata comel aku ni kat dinding.... slalu takde bende,  aku pi dekat... pi dekat....pi dekat....dan dekat lagi...(.maklumlah rabun...hehe).. dan setelah aku zoom in, inilah hasilnya......


memang detail betol....gelak guling2 ak tengok nota yang mak aku tampal ni...hahaha

Sunday 3 February 2013

NAK KUTIP HUTANG ???

manusia ni nak berhutang memang senang kan.. tapi time nak bayar, amboi...liat nak mampuih!! untuk segelintir la, bukan semua.... ha... macam ni la.. :

" wei, aku nk pinjam duit ko boley? tak banyak, 2juta je... tolong la... urusan hidup mati ni..... plis.. plisss.. pliss.........ko bank in terus kat akaun aku ye! ni no akaun, 1364758..............,"

korang pon kesian punye pasal bank in je lah.....

" aku da masukkan duit...."

" alhamdulillah syukur... ko la kawan aku dunia akhirat, jgn risau... aku janji bulan depan aku bayar.. sayang ko....muah3!!."

sebulan berlalu... 2 bulan berlalu.... ai budak ni tak reti reti ke nak bayar hutang die, aku dah kering kontang dah ni,.. huhu ...  

kadang2 kalau mintak, macam2 alasan,.. bukan tak kesian, tapi kite pon kadang ada masanya kering jugak kan.. harapkan duit2 je lah... lagi2 tengok mahluk yang pinjam 2 siap boley g shopping tiap bulan, beli barang plak nak branded2 je, tak main standard pasar malam....perghhh... berbulu jer tengok.......
tak kira, kne mintak jugak!! azam dah cantik dah... tapi bukan senang nak kutip hutang ni beb, payah! kalau aku ni sampai pikir berbulan2 nak mintak ke taknak...nak mintak ke taknak....alih2, senyap gitu je lah... haha

korang pulak camne?

antara 3 situasi kat bawah ni, agak2 korang golongan yang mane 1 ye.....hihi




untuk orang berada atau banyak duit mungkin bukan masalah besar,
tapi kalau untuk orang tak berapa nak berada macam den ni ha, payoh gituuu.......
 elok2 niat ikhlas nak membantu, dah jadi tak iklas dah ...

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (al-Hadid :18)


mula la cakap dekat kawan lain,
 " wei, bedah pinjam duit aku 200 hengget xbayar lagi sampi sekarang, camne nak mintak ni........"

hilang pahala sebab asik disebut2..... dah la hilang pahala, siap dapat dosa free plak2 sbab mengumpat.....betol tak?

so kesimpulannye wahai para peminjam hutang, kalau da pinjam 2 pandai2 la nak bayar balik... klu boley jangan la sampi kte pulak yang kne terhegeh2 tagih simpati nak duit balik......

Sabda Rasulullah saw., "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)








so.... bersama lah kita mula:


tapi kalau betol2 si peminjam 2 tak mampu nak bayar, dan tahu tujuan pinjaman die 2 baik, untuk bagi makan anak2.... jangan la dimarah..., bagi die masa atau niatkan aje sedekah.. insyaallah...kalau dah niat sedekah2 kita tak sebut2 dah... pahala berterusan lagi selepas mati..... wallahualam....


Firman Allah, “Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan sedekahkah (halalkan sebahagian atau semua), itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (al-Baqarah: 280)